Informasi

Sejarah Penubuhan :

  • Ditubuhkan pada 15 April 1978
  • Bil anggota = 164 orang (terkini 897)
  • Modal Saham RM 1,201.00 (terkini RM 86,906.42)
  • Berdaftar - 15 Januari 1979
  • No. Pendaftaran : 230
  • No. Pendaftaran ANGKASA : TU 058
Visi :
  • Menjadi Koperasi Sekolah Terunggul di peringkat daerah,negeri dan kebangsaan menjelang tahun 2015.
Misi :
  • Meningkatkan prestasi kerja warga koperasi ke arah kecemerlangan.
  • Mewajibkan setiap ALK dan staf menyertai kursus wajib dan tambahan anjuran SKM,ANGKASA dan lain-lain yang sesuai.
  • Menambah bilangan anggota dan saham koperasi.
Objektif :
  • Menggalakkan sikap berjimat-cermat dan kerjasama di antara pelajar atau ahli koperasi keseluruhannya.
  • Mendidik para pelajar supaya mengenali dengan lebih dekat perjalanan koperasi dan rukun-rukun koperasi sekolah.
  • Menyediakan barang-barang keperluan harian pelajar seperti alatan persekolan,pakaian persekolahan,makan ringan dan sebagainya dengan kebenaran pihak Pengetua.
  • Memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak pentadbir maktab dalam apa jua kegiatan dan rancangan yang dianjurkan oleh pihak pentadbir bagi faedah dan kebajikan pelajar-pelajar maktab.
  • Menjalankan apa-apa aktiviti yang boleh memberi kebajikan atau faedah kepada pelajar selain dari diatas dengan terlebih dahulu dengan mendapat persetujuan Ketua Pendaftar Koperasi.
Khidmat masyarakat :
  • Selaku penyumbang Hari Keluarga Maktab,Kejohanan Merentas Desa dan Olahraga,Asyura,Pendaftaran Pelajar Baru,Mock Interview,Petanque dan SUMUR
  • Sumbangan zakat kepada pelajar miskin
  • Perkhidmatan mencuci jersi,langsir asrama maktab
  • Sumbangan penginapan percuma kepada tetamu jemputan maktab
  • Penyumbang seterika untuk kegunaan pelajar di asrama (12 unit)
  • Pinjaman kepada anggota yang ingin menunaikan umrah & haji
  • Bantuan biasiswa menggunakan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa
  • Bantuan dan Hadiah Kecemerlangan Kokurikulum Pelajar
  • Hadiah Kecemerlangan Akademik Pelajar