Friday, 28 October 2011

Konvensyen Keusahawanan Koperasi Sekolah

Pada 20-21 Oktober 2011 ,4 orang ahli Persatuan Usahawan Muda (PUM) MRSM Kuala Terengganu (Syarikat At-Tijarah) telah menyertai Konvensyen Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat NegeriTerengganu bertempat di Sumai Hotel Suite,Kuala Terengganu.

Mereka dibawah bimbingan Penasihat Ahli Persatuan Usahawan Muda,Puan Zuraini bt. Tawang  telah mempersembahkan produk CENDOL SEGERA.Dengan segala usaha yang dilakukan,mereka telah mendapat anugerah saguhati sebanyak RM 700.00.Tahniah diucapkan kepada mereka !















Sunday, 16 October 2011

Kursus PKKS & Siri 3

Pada 14 dan 15 Oktober 2011,pihak kami telah menjalankan dua kursus yang penting kepada para pelajar terutamanya Ahli Lembaga Koperasi iaitu Kursus Pengurusan Kedai Koperasi Sekolah (PKKS) dan juga Kursus ANGKASA Siri 3.

Kursus ini dijalankan bagi meningkatkan lagi pengetahuan para pelajar tentang pengurusan kedai dan operasi kedai-kedai koperasi di Malaysia.
   
Dengan dihadiri seramai 50 orang pelajar terdiri daripada 38 orang pelajar MRSM Kuala Terengganu dan 12 orang pelajar SMK Kompleks Mengabang Telipot,setiap slot yang dijalankan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan peserta kursus.Penceramah bagi kursus kali ini ialah Encik Hazim b. Abdul Halim daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).